Skip to main content
Advertisement
Tiada Exco, pegawai kerajaan Johor ditahan SPRM

Tiada Exco, pegawai kerajaan Johor ditahan SPRM

Tiada mana-mana Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), pegawai atau agensi di bawah pentadbiran Kerajaan Johor yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin.

Sebaliknya, SPRM menegaskan individu yang ditahan kerana disyaki terbabit rasuah serta salah guna kuasa kira-kira RM1.6 juta ialah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Lot Tapak Perumahan Generasi Kedua, Tanah Rancangan di Tenggaroh 2, Johor.