[TERKINI] Kepimpinan Johor | Majlis angkat sumpah Exco Johor Sabtu ini
Majlis angkat sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor dijangka berlangsung Sabtu ini selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi senarai barisan exco terlibat sudah dipersembahkan kepada Sultan Ibrahim pada pagi Khamis.