Tiga maut di Bagahak kereta langgar tiang elektrik
Kereta dinaiki tiga lelaki yang maut dalam kemalangan di Jalan Hutan Simpan Bagahak, Lahad Datu pada Isnin malam, dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tiang elektrik semasa mereka dalam perjalanan dari Tungku menuju ke bandar Lahad Datu.