3,099 mangsa banjir di Sabah & Sarawak
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak meningkat kepada 3,099 orang setakat jam 11 pagi Ahad. Sebanyak 44 PPS dibuka di kedua-dua negeri. Sarawak mencatat 2,732 mangsa melibatkan enam daerah dengan Serian paling terjejas, manakala Sabah kekal dengan 367 mangsa di Beaufort.
