90% penduduk Gaza hilang tempat tinggal
UNRWA melaporkan bahawa kira-kira 1.9 juta penduduk Gaza kini kehilangan tempat tinggal akibat pengeboman berterusan oleh tentera Israel. Kegagalan gencatan senjata sejak 18 Mac lalu telah mencetuskan gelombang pelarian baharu, melibatkan lebih 142,000 orang dalam tempoh lima hari. Jumlah korban di Gaza kini mencecah 50,669 orang dengan 115,225 individu cedera."