Lebih 30 Penduduk Di Bintulu Hilang Tempat Berteduh
Lebih 30 penghuni termasuk kanak-kanak di kawasan setinggan Sungai Plan, Muzako, Jalan Kidurong hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah hampir sepenuhnya dalam satu kebakaran besar lewat malam Sabtu. Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan, namun siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran dan jumlah kerugian.