Skip to main content
Air Naik Mendadak | Gerak hati berpindah selamatkan keluarga

Air Naik Mendadak | Gerak hati berpindah selamatkan keluarga

Gerak hati seorang ibu untuk berpindah awal berjaya menyelamatkan tiga anak dan dua adiknya selepas paras air naik mendadak di kediaman mereka yang jauh daripada penempatan penduduk.

Menurut Mariani Mohd Razali, 43 tahun, dia berpindah ke pusat pemindahan sementara, PPS, apabila rumahnya di Kampung Tapah, Hulu Terengganu mula dinaiki air akibat hujan lebat berterusan.