Akauntan warga emas jadi mangsa 'scam' rugi RM2.2 juta
Seorang warga emas yang juga akauntan mengalami kerugian lebih RM2.2 juta selepas mendakwa menjadi mangsa penipuan membabitkan pelaburan saham.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, berkata mangsa lelaki berumur 75 tahun itu membuat laporan polis, pada Ahad selepas percaya dirinya ditipu suspek.