Arkeologi | Lebih 60 kubur era Rom ditemukan di Gaza
Pihak berkuasa Hamas di Gaza mengumumkan penemuan lebih 60 kubur lama di tapak perkuburan purba sejak era Rom, pada Ahad.
Kru kerja menggali tapak itu sejak ia ditemukan pada Januari lalu semasa persiapan untuk projek perumahan yang dibiayai Mesir.