Astro menang Anugerah Inovasi Media Unggul di IDEA Award 2025
Astro terus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju kandungan berteraskan nilai Islam apabila menerima Anugerah Inovasi Media Unggul sempena Islamic Distinguished Enterprise Award (IDEA Award) 2025.
Pengiktirafan itu atas usaha berterusan Astro dalam menerbitkan kandungan patuh syariah serta sumbangannya terhadap pembangunan ekosistem media Islam di Malaysia.