Program khas Awani Pagi yang dibawakan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) ini mengetengahkan produk inovasi yang dihasilkan di universiti-universiti seluruh negara sebagai penyelesaian masalah dan pembangunan negara.
Episod ini membawakan dua produk inovasi daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) iaitu OKU MATE untuk memudahkan penjagaan orang kurang upaya (OKU) dan R.A Barn yang merupakan kandang kambing modular pintar.