AWANI Pagi: Inovasi kampus keusahawanan UMK
Program khas Awani Pagi yang dibawakan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) ini mengetengahkan produk inovasi yang dihasilkan di universiti-universiti seluruh negara sebagai penyelesaian masalah dan pembangunan negara. Episod ini membawakan dua produk inovasi daripada Universiti Malaysia Kelantan iaitu BioKenaf yang merupakan minuman infiusi dan Capribos Malnutrient Block untuk ternakan ruminen.