Pesawat Airbus A320 tergelincir di St Petersburg, 162 penumpang terselamat

Sebuah pesawat Airbus A320 tergelincir ketika mendarat cemas di Lapangan Terbang Pulkovo dipercayai akibat kegagalan sistem gear pendaratan. -Gambar hiasan/EPA
MOSCOW: Sebuah pesawat penumpang jenis Airbus A320 yang dalam penerbangan ke Baku, Azerbaijan, tergelincir dari landasan ketika mendarat cemas di Lapangan Terbang Pulkovo, St Petersburg awal pagi Isnin, menurut laporan media rasmi Rusia.
Ringkasan AI
- Pesawat Airbus A320 tergelincir ketika mendarat cemas di Lapangan Terbang Pulkovo akibat kegagalan sistem gear pendaratan.
- Semua 162 penumpang dan anak kapal selamat tanpa kecederaan, namun operasi lapangan terbang dihentikan sementara.
- Insiden mencetuskan semula perbincangan tentang keselamatan penerbangan dan keperluan penyelenggaraan sistem pesawat di Rusia.
Lapangan Terbang Pulkovo, antara lapangan terbang paling sibuk di Rusia, menghentikan sementara operasi penerbangan susulan kejadian sebelum disambung semula beberapa jam kemudian.
Setakat ini, pihak berkuasa belum mendedahkan nama syarikat penerbangan yang mengendalikan pesawat terbabit.
Airbus A320 merupakan antara model pesawat komersial paling laris di dunia dan digunakan secara meluas di Rusia sebagai sebahagian daripada usaha menggantikan pesawat era Soviet dengan jet moden seperti A320 dan Boeing 737.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami