Banjir melanda Perak, 180 mangsa dipindahkan ke PPS
Perak dilanda banjir selepas hujan lebat, membabitkan daerah Larut, Matang & Selama serta Manjung. Tiga PPS dibuka menempatkan 180 mangsa daripada 44 keluarga. Paras air Sungai Kampar di Kampar berada pada tahap amaran.