Belum masanya bincang perkhidmatan kurier guna dron - Fahmi
Masih awal untuk membincangkan penggunaan dron sebagai kaedah penghantaran barangan dalam industri kurier.
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kerajaan tidak menetapkan tempoh khusus atau mewajibkan syarikat kurier menggunakan teknologi tertentu bagi meningkatkan kecekapan operasi penghantaran.