Bank Rakyat agih dividen 17 peratus bagi tahun kewangan 2024
Bank Rakyat mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 17 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.
Pembayaran itu membabitkan anggaran nilai keseluruhan berjumlah RM486.32 juta kepada 773,859 anggota yang layak.