Bersatu lancar inisiatif Infaq selepas akaun dibeku
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melancarkan BERSATU Infaq di Tambun bagi mengumpul dana pentadbiran parti. Muhyiddin Yassin berkata ia digerakkan selepas akaun parti dibekukan pihak berkuasa pada Januari 2023 untuk siasatan SPRM.