ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 1 November 2026.
Pembinaan struktur di Gunung Kinabalu diluluskan - Jafry
Aktiviti pembinaan struktur di Gunung Kinabalu yang tular di media sosial baru-baru ini merupakan sebahagian daripada pembangunan Pusat Latihan Altitud Tinggi (HATC) yang telah diluluskan, menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin.
PRN Melaka: Adly respon kenyataan pihak lawan ‘buang masa dan wang’
Kuasa mentadbir sesebuah negeri bukan hak kekal mana-mana parti politik, malah pengundi tidak berhutang mandat kepada sesiapa, kata Pengerusi Pakatan Harapan Melaka, Adly Zahari.
Najib belum jelaskan denda RM50 juta, tiada tempoh khusus bayaran - Peguam Negara
Peguam Negara menyatakan tiada tempoh khusus ditetapkan untuk pembayaran denda tersebut, namun Najib perlu menjalani hukuman penjara selagi belum membayar.
PRN Melaka: BN sedia jemput PN sertai kerajaan negeri jika menang - Ahmad Zahid
Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyatakan langkah ini menghormati mandat rakyat dan kesepakatan politik antara BN dan PN.
Tujuh pemain warisan layak beraksi mulai hari ini - MFL
MFL mengesahkan penggantungan terhadap Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Hector Hevel telah berakhir.
Maklumat pelanggan mungkin terjejas susulan insiden siber Amadeus - Malaysia Airlines
Malaysia Airlines Bhd (MAB) memaklumkan maklumat sebahagian pelanggannya mungkin terjejas susulan insiden keselamatan siber melibatkan Amadeus, penyedia teknologi tempahan penerbangan pihak ketiga syarikat penerbangan itu.
Tiga lagi negara ASEAN mahu tangani bersama isu keselamatan kanak-kanak dalam talian - Fahmi
Thailand, Brunei dan Kemboja menjadi negara ASEAN terbaharu yang menyatakan hasrat untuk bergerak seiring dengan Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam usaha menangani isu keselamatan dalam talian melibatkan kanak-kanak.
Nikah sindiket di selatan Thailand berisiko cetus implikasi syarak, undang-undang
Pasangan rakyat Malaysia yang menggunakan khidmat sindiket untuk bernikah di selatan Thailand berisiko berdepan implikasi dari sudut syarak dan undang-undang sekiranya akad nikah mereka tidak dikendalikan oleh kadi bertauliah.
Lelaki meninggal dunia selepas pengsan ketika sertai acara larian di Putrajaya
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata mangsa dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan.
Rakyat Malaysia di Yaman dinasihat bersedia tinggalkan negara itu
Rakyat Malaysia yang masih berada di Yaman dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan diri dan membuat persiapan segera untuk meninggalkan negara itu secara sukarela, sementara penerbangan komersial masih tersedia, memandangkan keadaan keselamatan yang semakin tidak menentu.