Bukan ‘agenda Cina’ usir orang Melayu – PM
Pembangunan semula kawasan perumahan lama di ibu negara bukan agenda mengusir orang Melayu, sebaliknya langkah untuk menjamin kehidupan lebih bermaruah kepada rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, dakwaan kononnya usaha berkenaan akan merampas tanah orang Melayu adalah tidak berasas kerana kesemua status tanah itu tidak berubah.