China catat 590 juta perjalanan sempena Tahun Baharu
China dijangka merekodkan 590 juta perjalanan penumpang merentas wilayah sepanjang cuti Tahun Baharu dari 1 hingga 3 Januari, meningkat 19.5 peratus berbanding tahun lalu. Sektor rel, jalan raya, e-hailing, pengangkutan air dan penerbangan awam mencatatkan peningkatan ketara selari dengan pergerakan rakyat.
