China desak NATO mengaku kesilapan masa lalu
Kementerian Luar China mendesak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang diterajui Amerika Syarikat mengakui kesalahan yang dilakukannya dan menghentikan tindakan yang mewujudkan perpecahan dan huru-hara, sempena ulangtahun ke-24 pembunuhan tiga wartawan China dalam serangan NATO di Yugoslavia.