COVID-19 | 14,944 kes baharu, R-naught kini 0.84
Malaysia merekodkan 14,944 kes baharu COVID-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes setakat ini sebanyak 4.307 juta.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, 9,341 kes adalah dalam kategori satu dan 5,537 kes dalam kategori 2.