JPN dan penyedia eKYC kemas kini sistem untuk MyKad generasi baharu
Jabatan Pendaftaran Negara memaklumkan penyedia perkhidmatan eKYC sedang mengemas kini sistem masing-masing bagi memastikan MyKad Generasi Baharu dapat digunakan dengan lancar dalam proses pengesahan identiti. Langkah itu diambil susulan kesukaran yang dialami sebahagian pengguna sejak pengeluaran rasmi kad baharu tersebut.