COVID-19 | 31 hari jangkitan baharu kekal bawah 500
Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara terus kekal berada di bawah 500 kes untuk 31 hari berturut-turut.
Berdasarkan kepada portal KKMNOW, jumlah kes pada Ahad naik sedikit kepada 184, berbanding 175 kes yang dilaporkan hari sebelumnya.
Daripada jumlah itu, tiga adalah kes import.