Skip to main content
Malaysia kekal tidak iktiraf kerajaan baharu Myanmar

Malaysia kekal tidak iktiraf kerajaan baharu Myanmar

Malaysia tidak pernah mengiktiraf kerajaan baharu Myanmar yang dibentuk selepas pilihan raya anjuran junta tentera, tegas Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di Parlimen.

Beliau berkata lawatan ke Myanmar sebelum ini bertujuan mengekalkan saluran komunikasi dan meneruskan usaha diplomatik ASEAN yang digerakkan Malaysia, bukannya sebagai tanda pengiktirafan kepada rejim berkenaan.