COVID-19 | Benarkan petugas kesihatan ambil cuti tanpa rekod
Kerajaan Melaka mencadangkan wabak COVID-19 disenaraikan sebagai penyakit berjangkit, bagi membolehkan golongan ibu bapa mengambil cuti tanpa rekod selama lima hari.
Exco Kesihatan Negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, ini kerana ibu bapa, khasnya petugas kesihatan, terpaksa menggunakan cuti tahunan sehingga 10 hari sekiranya anak mereka dijangkiti COVID-19.