Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

COVID-19 | Penularan COVID-19 negara tunjuk trend penurunan

COVID-19 | Penularan COVID-19 negara tunjuk trend penurunan

Situasi wabak COVID-19 dalam negara menunjukkan perkembangan positif sepanjang minggu epid (ME) 20/2022 apabila beberapa indikator menunjukkan penurunan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sepanjang ME 20/2022 dari 15 hingga 21 Mei lalu, KKM merekodkan penurunan kes baharu sebanyak 28.8 peratus iaitu 19,137 kes kepada 13,630 kes berbanding ME 19/2022.