COVID-19 | Sekatan ditarik semula, Manila kembali sesak
Rakyat yang mendiami ibu negara Filipina kembali ke kehidupan normal apabila jalan raya yang dahulunya lengang susulan sekatan, kini bertukar sibuk dan sesak pada Selasa.
Ia selepas kerajaan Filipina membenarkan premis perniagaan, pengangkutan awam, pusat hiburan beroperasi semula pada kapasiti penuh.