COVID-19 | Tujuh kanak-kanak maut akibat kesan serius
Seramai tujuh kanak-kanak dilaporkan maut selepas mengalami sindrom keradangan pelbagai sistem (MIS-C) iaitu salah satu penyakit yang serius akibat jangkitan COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu adalah daripada 174 kes MIS-C yang dikenal pasti oleh MIS-C Malaysia Study Group.