Tujuh ditahan, TUDM kesan cubaan guna aset tentera untuk penyeludupan
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggagalkan cubaan menyeludup 96 perpuluhan 6 kilogram bahan disyaki dadah melalui Pangkalan Udara Subang, minggu lalu. Kegiatan itu terbongkar selepas petugas TUDM mengesan beberapa bagasi mencurigakan di Bangunan Pergerakan Udara atau AMS pada 17 November.