Cubaan Culik | Lufya cedera di muka ketika selamatkan anak
Pelakon dan penyanyi, Lufya berdepan detik cemas apabila terpaksa bergelut dengan seorang lelaki selepas terdapat cubaan menculik anak perempuannya, laana haura ketika berada di taman permainan, Ahad lalu.
Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar bagaimanapun bersyukur anaknya berjaya diselamatkan meskipun dia cedera akibat pergelutan itu.