Cubaan seludup daun ketum ke negara jiran gagal
Maritim Malaysia Zon Kuala Kedah menggagalkan cubaan menyeludup daun ketum selepas 40 bungkusan plastik hitam seberat 400 kilogram ditemui terapung berhampiran Pantai Leman. Rampasan bernilai RM60,000 dibawa ke jeti untuk siasatan di bawah Akta Racun 1952.
