[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 10 Jun 2024
Ringgit dijangka diniagakan rendah berbanding dolar AS minggu ini, kembali kepada paras RM4.70 atau lebih rendah, selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan mencatatkan lebih kukuh daripada jangkaan, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.