Desakan Pemuda: Permohonan maaf DAP boleh hapus syak wasangka - Tok Mat
Permohonan maaf daripada DAP kepada UMNO dilihat boleh menghapuskan syak wasangka dan kesangsian antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Menyifatkan ia sebagai cadangan baik, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan bagaimanapun berkata isu tersebut perlu diurus dengan baik bagi menjaga keharmonian pelbagai parti.