Dewan Rakyat | Agih rumah kos rendah ikut kuota politik bukan dasar kerajaan - Timbalan Menteri KPKT
Pengagihan kuota rumah kos rendah tidak pernah bersandarkan kepada ideologi politik, agama dan sebagainya, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata, bukan dasar kerajaan untuk berbuat demikian, sebaliknya pengagihan kuota adalah bersandarkan kepada mereka yang berkelayakan sahaja.