Skip to main content

Malaysia

Bapa lima anak maut dibaham harimau di Sungai Siput

Kesan tapak kaki harimau yang membaham Allahyarham (gambar kiri). Foto Facebook Mohd Zolkafly/Sinar Harian
Kesan tapak kaki harimau yang membaham Allahyarham (gambar kiri). Foto Facebook Mohd Zolkafly/Sinar Harian
Advertisement

SUNGAI SIPUT: Seorang warga emas maut selepas dipercayai diserang harimau ketika mencari buluh di kawasan hutan Lata Serai Kampung Bawong di sini semalam.

Mangsa, Ngah Itam, 65 yang merupakan seorang duda dan meninggalkan lima orang anak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, beliau menerima berita mengenai kejadian menyedihkan itu daripada Ketua Balai Polis Lintang.

Advertisement

Menurutnya, kejadian berkenaan merupakan insiden kedua membabitkan kematian penduduk Orang Asli akibat serangan harimau di kawasan Sungai Siput dalam tempoh hampir dua bulan.

"Pada 21 September lalu, seorang penduduk Kampung Takong, Pos Perwor turut meninggal dunia selepas dipercayai diserang harimau ketika mencari rotan di hutan.

Advertisement

"Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham. Semoga ALLAH SWT mengampunkan dosa beliau, merahmati rohnya dan memberikan ketabahan kepada anak-anak serta keluarganya. Al-Fatihah," katanya menerusi di Facebook semalam.

Mohd Zolkafly yang juga Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak berharap pemantauan serta langkah keselamatan di kawasan berisiko dapat dipertingkatkan segera bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Image
Sumber: SINAR HARIAN
Mohd Zolkafly (dua, kiri) menyampaikan sumbangan kepada waris Allahyarham yang maut diserang harimau pada Rabu. - Foto Facebook Mohd Zolkafly 

Menurutnya, penduduk Kampung Bawong dan kawasan berhampiran turut dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, menjauhi lokasi kejadian serta mematuhi arahan pihak berkuasa.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada pihak polis, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela) serta penduduk setempat atas bantuan dan kerjasama diberikan.

Pada 22 September lalu, media melaporkan seorang lelaki Orang Asli maut selepas dipercayai diserang harimau belang ketika mencari rotan di Kampung Takung, Pos Perwor.

Mayat mangsa iaitu Zamberi, ditemukan pada jam 6:58 petang di kawasan rumpun buluh berhampiran jalan balak. - Sinar Harian

 

 

Must Watch Video

Advertisement