Donald Trump didapati bersalah cabul kolumnis pada 1996
Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump didapati bertanggungjawab melakukan pencabulan seksual terhadap kolumnis E. Jean Carroll pada tahun 1996. Juri di New York turut memutuskan wanita berkenaan diberi ganti rugi bernilai 5 juta dolar. Keputusan perbicaraan ini dianggap kemenangan bagi Carroll.