DSA & NATSEC 2022 | 1,170 syarikat pertahanan seluruh dunia ambil bahagian
Sebanyak 1,170 syarikat pertahanan dan keselamatan dijangka terlibat sepanjang Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2022 bermula esok. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, pameran itu juga dijangka menarik lebih 25,000 pengunjung sepanjang tiga hari berlangsung.