FBI dedah rakaman CCTV suspek tembakan Charlie Kirk
FBI Amerika Syarikat mengeluarkan rakaman CCTV menunjukkan suspek kes tembakan Charlie Kirk melarikan diri selepas insiden pada 10 September. Suspek dilihat melompat dari bumbung bangunan dan meninggalkan pistol serta peluru berhampiran sebuah universiti. FBI menawarkan ganjaran AS$100,000 untuk maklumat yang membawa kepada penangkapannya.