BISNES
Alicafé jenama lokal warisan herba kopi bertenaga ke pentas global

Datuk Remy Ishak dilantik sebagai Duta Rasmi Jenama Alicafé hingga 2027, simbol aspirasi dan gaya hidup lelaki Malaysia moden.
KUALA LUMPUR: Jenama kopi tongkat ali dan Ginseng Malaysia Alicafé, kekal komited menggabungkan warisan herba tempatan dengan inovasi moden, menjadikan ia bukan sekadar minuman, tetapi satu tradisi tenaga legenda rakyat Malaysia.
Pelancaran kempen terbaharu Alicafé, #KuasaKauKaw bukan sekadar meraikan stamina, fokus dan ketahanan, tetapi turut mengangkat warisan tempatan ke peringkat antarabangsa melalui gabungan unik tongkat ali, ginseng dan kopi berkualiti.
Pengerusi Power Root Berhad, Tengku Datuk Setia Putra Tengku Azman Shah berkata meskipun Alicafé dinikmati di pasaran global, nadi jenama itu tetap berakar di Malaysia.
“Walaupun Alicafé dinikmati di pasaran antarabangsa, hati dan nadinya tetap di Malaysia. Lebih dua dekad rakyat Malaysia ni mempercayai kami untuk tenaga kopi berasaskan warisan tongkat ali dan ginseng."Dan kepercayaan itu terus menjadi dorongan utama kami. Jadi, setiap langkah global berpaksikan kualiti, inovasi serta tradisi tempatan. Saya rasa Malaysia bukan sekadar titik mula tetapi jiwa Alicafé yang kami bawa ke seluruh dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas pelancaran media Kuasa Kau Kaw Alicafé di Aurum Theather, The Exchange (TRX) pada Khamis .
Dalam pada itu Alicafé turut menampilkan Datuk Remy Ishak sebagai Duta Rasmi Jenama sehingga 2027, pilihan yang mencerminkan aspirasi lelaki Malaysia masa kini.
Bagi Remy, tanggungjawab besar sebagai pelakon, bapa dan individu berkeluarga menuntut tenaga berterusan dalam kehidupan sehariannya.
“Saya mempunyai jadual yang sangat padat setiap hari. Setiap hari dengan shooting saya, keluarga. Selain daripada itu, kalau saya tak bekerja pun saya banyak menguruskan hal-hal rumah tangga. Memang saya memerlukan tenaga yang ekstra.
"Jadi, bagi saya ramuan tongkat ali dan ginseng ini banyak membantu saya daripada segi tenaga untuk cenderung membantu saya dalam setiap aspek... kita dah tahu ramai lelaki hari ini memikul tanggungjawab yang besar,” katanya.
Alicafé kini hadir dengan pelbagai pilihan daripada Serbuk Segera 3-dalam-1 (Original, Lebih Pekat, Karamel, Hazelnut White Coffee) hingga Minuman Sedia Diminum dalam Tin (Original, Kurma Madu) boleh didapati di pasar raya besar, kedai serbaneka dan stesen minyak di seluruh negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami