Gagal patuh tatacara punca ketidakaturan perolehan - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata kelemahan dalam proses perolehan kerajaan, berpunca daripada kegagalan mematuhi tatacara yang telah ditetapkan, meskipun Kementerian Kewangan (MoF) telah menyediakan pelbagai bentuk fleksibiliti bagi melancarkan urusan perolehan.
