GST | Kerajaan belum ada keputusan, tiada perbincangan dibuat
Kerajaan belum membuat sebarang keputusan berhubung pelaksanaan semula Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST).
Malah Jelas Timbalan Menteri Kewangan Satu, Datuk Seri Ahmad Maslan, tiada perbincangan mahupun mesyuarat diadakan kerajaan perpaduan berhubung perkara itu buat masa ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri majlis perasmian Konvensyen Akauntan Nasional 3.0 di Shah Alam.