Hanya 37 inisiatif selesai, belum terlambat kaji semula NACP
Kerajaan perlu melihat semula Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang digariskan sebelum ini dalam memerangi rasuah dan intergriti dalam masyarakat. Menurut Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Anis Yusal Yusoff, meskipun telah melepasi lima tahun, namun hanya 37 daripada 115 inisiatif yang digariskan berjaya dilaksanakan setakat ini.