'Hooliganisme’ bukan budaya dalam sukan di Malaysia - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa budaya ganas dan hooliganisme tidak boleh dibiarkan meresap dalam sukan tanah air, sebaliknya menekankan bahawa semangat kesukanan yang tulen mesti berpaksikan toleransi sifar terhadap keganasan serta menjunjung nilai perpaduan.