Ibadah Haji | Malaysia tunggu kuota jemaah dari Arab Saudi
Malaysia akan menghantar jemaah haji tahun ini sekiranya tiada halangan dari kerajaan Arab Saudi, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.
Beliau menjelaskan pihaknya sedang menunggu maklum balas dari kerajaan Arab Saudi berhubung perkara itu.