Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Ismail Sabri akui buat laporan polis kerana fitnah terancang ke atasnya

Ismail Sabri akui buat laporan polis kerana fitnah terancang ke atasnya

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui pegawainya telah membuat laporan polis susulan terdapat fitnah terancang ke pemimpin-pemimpin kerajaan dan beliau antara yang dikaitkan.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dalam sidang media harian PKP itu.