Israel sahkan rampasan kapal Handala
Israel mengesahkan tentera lautnya telah memintas kapal bantuan Handala dalam perjalanan ke Gaza dan kini membawanya ke pesisir Israel, dengan semua penumpang dilaporkan selamat. Sementara itu, Pejabat Media Gaza mengecam tindakan tersebut sebagai "lanun maritim", mendesak PBB dan komuniti antarabangsa untuk bertindak melindungi konvoi bantuan.