Skip to main content

Malaysia

Mangsa banjir di Selangor dan Perak terus menurun pagi ini

Di Selangor, jumlah mangsa banjir yang masih berlindung di PPS mencatatkan pengurangan kepada 1,594 daripada 448 keluarga. - Foto fail/BERNAMA
Di Selangor, jumlah mangsa banjir yang masih berlindung di PPS mencatatkan pengurangan kepada 1,594 daripada 448 keluarga. - Foto fail/BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak dan Selangor, mencatatkan penurunan setakat pagi ini.

Di SELANGOR, jumlah mangsa banjir yang masih berlindung di PPS mencatatkan pengurangan kepada 1,594 daripada 448 keluarga, berbanding 1,727 mangsa daripada 484 keluarga semalam.

Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 11 PPS di Kuala Selangor masih beroperasi iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Dato' Maharaja Lela menempatkan 388 mangsa diikuti SK Parit Mahang (358), SK Sultan Abdul Aziz (219) Sekolah Rendah Agama (SRA) Bukit Kuching (130), Dewan Orang Ramai Bukit Kuching Tengah (129), SRA Batu 8 Ijok (120) dan SRA Pasangan (105).

Advertisement

PPS lain melibatkan Kafa Integrasi Hidayah Bukit Cherakah sebanyak 59 orang, Dewan Orang Ramai Seri Harmoni serta SK Jaya Setia (masing-masing 33) dan SK Rantau Panjang (empat), manakala Balai Raya Kampung Sungai Kelambu di Kuala Langat (16).

Di PERAK, jumlah mangsa banjir yang masih berlindung di lima PPS di empat daerah terus menurun pagi ini kepada 382 orang daripada 116 keluarga berbanding 424 orang daripada 131 keluarga petang semalam.

Advertisement

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan PPS Sekolah Rendah Agama Rakyat Padang Serai di daerah Manjung mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 129 mangsa daripada 38 keluarga manakala PPS Dewan Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan di Hilir Perak masih menempatkan 88 orang daripada 28 keluarga.

Di Kerian, jumlah mangsa banjir semakin berkurangan kepada 143 mangsa daripada 43 keluarga termasuk 12 mangsa tanah runtuh daripada tiga keluarga masih berlindung di PPS SK Bukit Merah dan SK Parit Haji Aman manakala Larut, Matang dan Selama kekal 10 orang daripada empat keluarga masih berlindung di PPS SK Batu Hampar.

Jabatan Pengairan dan Saliran Perak pula memaklumkan paras air Sungai Kurau di Kolam Air Bukit Merah di Kerian merekodkan bacaan 9.15 meter iaitu melebihi paras bahaya berbanding paras normal 8.68 meter.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan daerah Kerian dan Bagan Datuk dijangka hujan pada sebelah pagi dan ribut petir serta hujan pada sebelah petang dan malam di semua daerah di Perak.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement