Isu 3R: SKMM boleh ambil tindakan jika ada aduan orang awam
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) boleh melakukan tindakan penguatkuasaan, jika terdapat aduan dari pihak awam, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, suruhanjaya tersebut tidak semestinya bertindak atas arahan Kerajaan, atau hanya menyentuh soal 3R – iaitu menyentuh Institusi Diraja, Agama, dan Perkauman – semata-mata,...