Polis menyelesaikan 13 kes samun dan pecah rumah dengan penahanan tujuh ahli kumpulan Geng 'Naidu'.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata ia selepas satu serbuan dilakukan dekat sebuah rumah di Damansara pada 3 Mac lepas.